An4k perempu4n w4jib bertanggungjawap pada ibu-ayah walaupun selepas bergelar isteri orang
Islam tak ajar macam tu. Kalau korang anggap begitu pergi la masuk
sekolah balik. Kecik2 ustazah dah ajar apa tanggungjawab anak. Kalau ibu
miskin, orang susah, kita sebagai anak perempuan wajiblah kerja bantu
ibu. Cukupkan keperluan ibu.
Kalau suami tak izin berkerja, tanggungjawab membantu ibu sudah jatuh ke
tangan suami. Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua. Lagi
lagi mertua yg miskin. Jangan cakap ibu mertua tu bukan tanggungjawab.
Menantu lelaki perlu anggap mertua sama level dgn mak kandung sendiri.
Sedihnya ramai isteri harini lepas diri drpd tanggungjawab seorang anak
kerana anggap lepas kawin kena taat suami. Kalau macam tu, siapa yg
lahirkan korang? Siapa yg mengaandungkan korang? Siapa yg sekolahkan
korang? Siapa yg daftar korang dekat universiti, beli laptop bagi duit
belanja..siapa?siapa yg banyak berkorban utk melihat korang jadi anak yg
berguna?
Jangan lah kita jadi anak tak kenang budi, anak derhaka dan tak kenang
jasa ibu bapa. Ingatlah hari ini hari dia, esok esok hari kita. Kifarah
itu berulang ulang. Maybe suatu hari hari nanti anak kita pula abaikan
tanggungjawab kepada kita.
Kenapa ibu yg besarkan kita dgn kudrat dan kesusahan dan bila besar,
suamilah segalanya. Suami tu esok2 boleh cerai kita, kawen lain. Kita
terkapai kapai takde tempat bergantung and at the end balik ke pangkuan
ibu tempat mengadu.
Aku bukanlah baik tapi aku xpernah cakap ibu aku bukan tanggungjawab
aku. Ibu aku besarkan aku, sekolahkan aku, suruh aku jadi cikgu, dan
walaupun ibuku lagi kaya daripadaku, nafkah ibu tak pernah miss..apa
lagi kalau ibu orang susah. Suami aku tak dengar cakap ibu aku? Aku
ingatkan lagi dia, aku pesan pada dia anggap dan hormati ibuku sebagai
mana kau hormati ibumu.
kalau tiada wang ringgit, kita masih ada kudrat dan tenaga untuk bantu
ibu.bagilah apa yg termampu. Tak senang hidup, dan selamanya hidup
miskin kalau terlampau berkira dengan ibu bapa.
suami yg baik tentu menyuruh isteri berbakti kepada ibu. Suami yg jahil
anggap isteri miliknya seorang dan semestinya tidak ada adab dgn ibu.
0 Response to "An4k perempu4n w4jib bertanggungjawap pada ibu-ayah walaupun selepas bergelar isteri orang"
Posting Komentar